Wanita disuruh pakai kain batik di pejabat JPJ

Shamil Hizamie
Jun 9, 2015 13:49 MYT
Seorang wanita disuruh menyarungkan kain batik kerana berpakaian tidak bersesuaian ketika berada di pejabat JPJ. Foto Facebook Suzanne G. L. Tan.
Seorang wanita mendakwa dipaksa menyarungkan kain batik sebelum dibenar menjejakkan kaki ke dalam bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Wanita yang dikenali sebagai Suzanne G. L. Tan itu menyatakan ketidakpuasan menerusi profil Facebook lantas mendapat perhatian meluas para netizen.
Menurut status yang dimuat naik tersebut, Suzanne mengunjungi pejabat JPJ yang terletak di Wangsa Maju bagi uruskan perpindahan hak milik kenderaan yang dijualnya.
Walau bagaimanapun, dia didekati pegawai JPJ yang bertugas di kaunter nombor. Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pakaian yang dikenakannya tidak bersesuaian untuk sebarang urusan formal di JPJ.
Suzanne mengenakan baju berwarna merah jambu dan putih bersama skirt merah semasa disuruh memakai kain batik. Foto – Facebook Suzanne G. L. Tan.
Suzanne kemudiannya memuat naik tiga keping gambar di Facebook. Satu gambar adalah di luar premis, sebelum memakai kain batik, manakala dua lagi semasa berada di dalam bangunan dan sedang menjalankan urusan.
Namun Suzanne tidak menyatakan bilakah insiden itu berlaku.
Pada masa yang sama, JPJ menerusi akaun Twitter mengingatkan pelawat supaya mematuhi peratuan berpakaian semasa mengunjungi pejabat mereka.

TATACARA PAKAIAN PELAWAT yang berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia @KP_JPJ @SkuadM1JPJ @JPenerangan pic.twitter.com/sE5kEfuVi1

— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) June 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka yang berhasrat melakukan urusan di mana-mana premis rasmi kerajaan dinasihatkan supaya berpakaian bersesuaian.
Namun begitu, terdapat beberapa reaksi yang menyokong atau tidak bersetuju dengan tindakan pegawai JPJ itu.

@MyOndscene @JPJ_Malaysia That lady was decently dressed, don't overreact JPJ......

— Mujesh Jay (@mujeshjay) June 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@MyOndscene pihak @JPJ_Malaysia kena tegas. bahkan, semua kementerian kena tegas. pastikan pelanggan patuh tatacara pemakaian bila berurusan

— d0d0l.com ® (@wwwd0d0lcom) June 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@JPJ_Malaysia @KP_JPJ @SkuadM1JPJ @JPenerangan tetapi kenapa sampai perlu pakai kain batik?

— zyeriLa (@zyerila) June 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@NinaMhd eh no lah! can wear anything as long as appropriate. not just @JPJ_Malaysia but all govt offices. If not, they will give you sarong

— Shukor Zainal Abidin (@ShukorZ) June 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@JPJ_Malaysia Next time PLS INFORM d public in advance 4 NEW DRESSCODE 4 ladies,dont MALU people by making them wear a SARONG #notcool TY

— bev ng ( ) (@bevng1971) June 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

There is a dress code when you enter government buildings. People are ignorant these days. http://t.co/oXAReh3tEM

— Joe Kinney (@MrJoeKinney) June 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#JPJ #kain batik #Sarong #Suzanne G. L. Tan #tatacara pakaian
;