Vuvuzela di Sunway Lagoon

Astro Awani
Mei 13, 2013 06:09 MYT
Permainan air terbesar di dunia, Vuvuzela kini berada di Sunway Lagoon.
Vuvuzela dengan laluan air sepanjang 152 meter, direka untuk menyamai perjalanan melalui sungai yang bergelora sebelum jatuh ke corong air terbesar dunia.
Ia juga dilengkapi lif yang membawa pelampung dengan enam tempat duduk ke dek pelepasan.
Menurut Pengarah Perunding Taman Tema Sunway Lagoon Bill Holman, mereka berbesar hati memperkenalkan permainan air terbesar dunia itu di Malaysia.
“Vuvuzela dilengkapi programnya tersendiri dengan lampu LED pelbagai warna, yang akan menunjukkan lokasi permainan tersebut dalam Sunway Lagoon pada waktu malam.”
“Kami juga menyambut Ulang Tahun ke-20 dengan meriah. Terdapat harga promosi untuk iaitu RM20 untuk 1000 org terawal di Waterplexx 5D, pawagam yang mempunyai elemen air pada setiap 20 haribulan,” kata Bill.
Untuk menaiki permainan tersebut, pengunjung mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya tiga kaki dan 7.3 inci (110 sentimeter). Setiap pusingan permainan boleh memuatkan berat maksimum 454kg untuk setiap pelampung
Untuk maklumat lanjut, hubungi 603-5639 0000, lawat laman web Sunway Lagoon www.sunwaylagoon.com atau berhubung melalui Facebook www.facebook.com/sunwaylagoonMsia.
#baru #Taman Tema Air #terbesar #ulang tahun