Video "mak cik, itu anak mak cik" undang sebak netizen

Asyraf Roslan
Jun 16, 2020 19:05 MYT
Ibunya hanya tersedar apabila rakannya yang merakam video terbabit memberitahu bahawa itu adalah anaknya.
HATI ibu bapa mana yang tidak hiba apabila lama tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan pada 18 Mac lalu, pergerakan rakyat Malaysia agak terbatas lebih-lebih lagi tidak boleh merentas negeri.
Tular di media sosial sebuah video seorang polis pelatih yang membuat kejutan kepada ibunya semasa meniaga dengan menyamar sebagai pelanggan.
Ibunya hanya tersedar apabila rakan anaknya yang merakam video terbabit memberitahu bahawa itu adalah anaknya.
"Mak cik itu anak mak cik" kata rakannya, semasa sedang merakam video itu.
Melalui satu pautan di laman Facebook Friends of PDRM, polis pelatih yang dikenali sebagai Helmi itu dipercayai telah terpisah dengan keluarganya selama sembilan bulan.
"Nama dia Helmi dan telah mulakan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Semarak pada 22 September 2019,"
"Selepas enam bulan di PULAPOL, PKP pula dilaksanakan dan dia dihantar ke Pahang untuk bertugas disana, video tersebut telah dirakam pada Jumaat lepas dan dia menaiki bas dari Pahang untuk membuat kejutan kepada ibunya, " kongsi admin Friends of PDRM.
Video yang berdurasi 2.12 minit itu telah mengundang sebak netizen, yang rata-rata dapat merasai kesedihan rindu yang telah tersimpan lama.
Ini antara respon netizen di media sosial selepas menonton video itu.

"makcik ni anak makcik"

— Amirarohaizat (@amirashahira06) June 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau takda lagu pun, aku nangis jugak

— aikaskittles (@snflwhhh_) June 16, 2020Rindu mak
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
— sufian abdullah (@sufianABD) June 16, 2020Macam mana pun kalau melibatkan Ibu Ayah mmg aku akan kalah dan rela mengalah
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lama dah ni tak balik kampung. Tiket flight raya haji, ada aku balik esok ni kang

— andikkkk (@andikzulhilmi) June 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Im okay pic.twitter.com/ehaIzwvClQ

— (@cimonniee) June 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kepada anda yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada. #KitaJagaKita
#COVID-19 #Facebook #Jumpa Ibu #PDRM #perintah kawalan pergerakan #PKP #polis #Tular
;