Video lelaki panjat kereta yang dipandu isteri jadi bualan

Kohilah Sekaran
April 11, 2016 10:34 MYT
Viral di media sosial baru-baru ini rakaman seorang lelaki memanjat sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai bekas isterinya.
Viral di media sosial baru-baru ini rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memanjat sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai bekas isterinya.
Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu dilihat memanjat kereta yang masih bergerak dan merayu kepada pemandu untuk menerimanya kembali.
Walaupun pemandu berulang kali memarahi serta meminta dia untuk melepaskan diri dari kenderaannya, lelaki itu enggan untuk berbuat demikian.
Selepas beberapa minit, penduduk di sekitar dilihat tampil dan meminta lelaki berkenaan untuk turun dari kereta tersebut tetapi dia masih enggan.
"Suruh dia keluar dari kereta dulu," kata lelaki berkenaan.
Video itu telah dimuat naik di Facebook oleh beberapa pengguna dan menjadi viral.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang penjelasan mengenai kisah ini.
Rata-rata netizen yang menonton video ini menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai 'gila talak'.
Walaupun bersimpati, menurut mereka, tindakan lelaki ini agak kebudak-budakan dan mereka tidak sepatutnya membawa isu rumah tangga ke mata orang awam.
Kes Gila Talak

Lelaki yang dikatakan gila talak cuba memohon kemaafan dari isterinya. Isterinya ke depan, reverse, ke depan, reverse dan memaki. Pengajaran kita dapat dari kisah ini, aksi stuntman tidak mampu mencairkan hati seorang wanita, malah membuat wanita lebih lebih menyampah. #lawaksiyot

Posted by Lawak Siyot
#suami talak #video viral