Video harimau ditumbuk pekerja pusat hidupan liar viral

Nizam Bakeri
Januari 24, 2016 20:27 MYT
Tiger Temple Thailand dalam laman Facebook rasmi mereka mengakui bahawa kejadian ini bukan kali pertama di pusat perlindungan tersebut - Foto Facebook/Pranay Dalmia
Seorang pekerja sebuah pusat perlindungan hidupan liar di Kanchanaburi dilihat menumbuk seekor harimau dalam satu video yang kini viral di Facebook.
Video tersebut memaparkan beberapa ekor harimau yang ditambat untuk tontonan pengunjung di Tiger Temple Thailand.
Salah seorang pekerja pusat perlindungan berkenaan dilihat mengendalikan salah seekor harimau dengan kasar sebelum menumbuk sisi kanan kepala harimau tersebut.
Video tersebut dirakam dan dimuat naik ke Facebook oleh Pranay Dalmia yang mengunjungi pusat perlindungan tersebut awal bulan ini.
“Saya melawat Tiger Temple Thailand beberapa hari lalu. Sungguh menyedihkan apabila melihat harimau di sini dilayan dengan begitu teruk. Saya lihat beberapa harimau ditarik ekor mereka dan seekor harimau ditumbuk di muka,” jelas Pranay pada huraian video tersebut.
Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 5.3 juta kali di Facebook.
Sementara itu, Tiger Temple Thailand melalui laman Facebook rasmi mereka mengucapkan terima kasih kepada Pranay kerana merakam video berkenaan.
Pusat perlindungan itu turut menegaskan bahawa insiden sedemikian jarang berlaku dan mereka berusaha untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

@Pranay Dalmia I just wanted to thank you again for recording this for us as we discussed on the day. We do not condone...

Posted by Tiger Temple Thailand on Friday, January 22, 2016
#harimau #Thailand #Tiger Temple Thailand
;