Video anak Sindrom Down menyanyi dengan bahasa isyarat sentuh perasaan
Nursyazwani Saiful Sham
Mac 20, 2018 09:27 MYT
Mac 20, 2018 09:27 MYT
PASTI ramai yang tahu, sambutan untuk meraikan mereka yang menghidap Sindrom Down diadakan pada 21 Mac setiap tahun di seluruh dunia.
Tahun ini, 50 keluarga di seluruh United Kingdom berganding bahu mempersembahkan sebuah lagu hit ‘A Thousand Years’ nyanyian Christina Perri menggunakan bahasa isyarat ‘Makaton’ menerusi sebuah video yang ditontonkan di YouTube.
Makaton sering digunakan dalam sesi pembelajaran bagi kanak-kanak Sindrom Down untuk membantu perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi mereka.
Video yang telah ditonton lebih 900,000 kali saat berita ini ditulis telah menyentuh perasaan ramai penonton.
Netizen menyifatkan mereka yang terlibat dalam video ini adalah sebagai langkah untuk menerapkan sifat kasih sayang antara ahli keluarga yang menghidap Sindrom Down.
Video tersebut turut mendapat perhatian dari pengacara terkenal, James Corden dek kerana video tersebut diinspirasikan dari salah satu rancangan yang dihoskan oleh James.
Penyanyi asal lagu tersebut turut meluahkan rasa terharu menerusi laman sosial Twitternya atas pemilihan lagu tersebut.
#A Thousand Years
#bahasa isyarat
#Christina Perri
#James Corden
#Kanak-kanak
#Makaton
#sesi pembelajaran
#Sindrom Down
#YouTube