Vera Wang kembali dengan koleksi fesyen 2013
Astro Awani
Februari 16, 2013 08:54 MYT
Februari 16, 2013 08:54 MYT
Pereka fesyen Vera Wang kembali dengan Koleksi 2013.
Menampilkan rekaan corak struktur, tekstur dan seni bina wang mengabadikan rekaan tersendiri untuk Koleksi 2013.
Tetap kekal dengan warna hitam, kelabu dan ‘ivory’ untuk Koleksi 2013 Wang menyelitkan warna terkini seperti merah jambu, violet dan hijau limau.
Untuk koleksi kali ini wang menampilkan kot tanpa lengan dan jaket dengan lengan yang lebih besar serta baju bercorak origami dan skirt.
Pertunjukan koleksi itu turut dihadiri pelakon Jada Pinkett-Smith serta ahli muzik John Legend bersama tunangnya Christy Teigen.
Legend dan Teigen bakal mengayakan gaun perkhawinan dari Wang dan mereka akui tidak sabar untuk melihat hasil rekaan Wang.