Vans pilih Pa'din Musa sebagai inspirasi kasut signature

Shafizan Johari
November 17, 2017 21:00 MYT
Pa'din memilih warna hitam dan citrus yang diinspirasi daripada jersi lumba vintaj. - Astro AWANI
Mungkin nama Pa’din Musa tidak gah seperti skateboarder tersohor antarabangsa Tony Hawk, tetapi beliau berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila mampu berdiri seiring selebriti antarabangsa.
Ia direalisasikan apabila jenama antarabangsa Vans mengeluarkan kasut signature Vans Pa'din Musa.
Ini sekaligus menjadikan Pa’din sebagai rakyat Malaysia pertama yang bekerjasama dengan Vans untuk menghasilkan kasut signature.
Usaha ini merupakan sebahagian kempen Vans dalam mengiktiraf skateboarder tempatan dan menyokong pembangunan sukan skateboarding tempatan.
Kasut Vans Pa’din ini boleh didapati dalam dua model, Old School Pro dan Authentic Pro.
Rekaan kasut ini dilengkapi sentuhan yang mencerminkan peribadi dan pengalaman Pa’din.
Pa’din memilih warna hitam dan sitrus yang diinspirasi daripada jersi lumba vintaj.

Bekas atlet papan selaju, Ahmad Fadzil Musa ataupun Pain Musa memakai kasut signature colorway edisi khas Pain Musa keluaran Vans. kateboarderMalaysia pertama dengan signature model syarikat kasut Amerika Syarikat, Vans. @501Awani #vans #papanselaju #skateboarding pic.twitter.com/yqJ9UEn5Mx

— Ian Johan Ariff (@Ian_AWANI) November 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, bahagian tepi kasut ini juga dipadankan dengan corak tayar motosikalnya.
Tapaknya dengan corak waffle pula melambangkan penghadang jalan raya.
Bahagian yang paling sentimental bagi kasut ini adalah tulisan tangan anak-anak Pa’din yang dicetak pada bahagian dalam kasut ini.
Ia berupa pantun yang ditulis anak lelakinya Fahim dan Fayadh.
“Vans pilih untuk meraikan pencapaian Pa’din dalam skateboarding dan juga seorang individu yang hebat dan berpengaruh yang kini merupakan seorang pembikin motosikal 'custom' dan juga seorang bapa,” jelas Pengurus Pemasaran Vans Singapura dan Malaysia, Elijah Kislevitz.
Semasa pelancaran kasut berkenaan, Vans turut menayangkan filem documentari bertajuk 'Demi' yang mengisahkan perjalan hidup Pa’din.
#dokumentari #filem #kasut signature #model #Pa'din Musa #rakyat Malaysia #school #skateboarder #sukan #Tony Hawk #Vans
;