Van buruk jadi rumah tumpangan Airbnb

Astro Publication
Oktober 16, 2018 19:12 MYT
Menariknya, van itu dikelilingi dengan pokok yang memberi ruang privasi kepada pengunjungnya ketika berada di sana.

MAHU mencari kelainan tempat tinggal ketika bercuti, anda boleh cuba menetap dalam van Mercedes-Benz L406 yang diubah suai ini.

Jentera yang berumur 50 tahun itu sebelum ini adalah trak bomba lama yang diubah menjadi rumah tumpangan Airbnb dan diletak di tengah-tengah hutan di Norway.
Ternyata van yang diubah suai itu memberi satu keunikan bagi mereka yang mahu mencari percutian berbeza berbanding tinggal di hotel atau resort.

Mercedes-Benz L406 yang anda lihat ini dibina pada 1968 di kilang Düsseldorf dan selepas itu berkhidmat di Gothenburg, Sweden selama 25 tahun sebagai trak bomba.

Selepas itu, ia ‘merantau’ ke negara lain dan berakhir di taman milik pasangan iaitu Benta dan suaminya, Pal di Hvitsten, Norway.
Pasangan berkenaan melakukan sesuatu yang istimewa terhadap Mercedes-Benz L406 itu dengan menukar warna daripada biru ke merah jambu.

Pada masa sama, ia mengubah ruang kabin dengan kelengkapan lain seperti meletak katil dan barangan perhiasan yang lain.
Menariknya, van itu dikelilingi dengan pokok yang memberi ruang privasi kepada pengunjungnya ketika berada di sana.
Nampaknya, ia mungkin memberi satu idea kepada anda untuk mengubahsuai kenderaan buruk atau terbiar kepada sumber pendapatan sampingan. Ini mungkin boleh jadi satu tarikan baru buat pelancong datang ke Malaysia.

#general #Malaysia #mercedesbenz #pelancong #rumah #Sweden #van
;