Azam tahun baharu sudah menjadi tradisi bahkan sudah diamalkan dalam kalangan masyarakat dunia sejak ribuan tahun lalu.

Masyarakat Rom purba misalnya memulakan setiap tahun baharu dengan memberitahu azam kepada dewa Janus, nama yang kemudian diabadikan kepada bulan Januari.

Kini tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya untuk memberi laluan kepada tahun 2016.

Seperti biasa, masyarakat kebanyakannya berlumba-lumba untuk menyenaraikan azam bagi menyambut ketibaan tahun baharu.

Persoalannya, bagaimana dengan azam anda tahun ini? Setakat manakah azam anda telah tercapai?

Sertai undian kami dan kongsi kisah pencapaian azam anda untuk tahun 2015 di laman Facebook dan Twitter kami.