UM anjur minggu kesedaran kanser mulut

Bernama
November 14, 2012 10:16 MYT
Pusat Penyelidikan dan Penyelarasan Kanser Mulut (OCRCC) Universiti Malaya (UM) sedang menganjurkan Minggu Kesedaran Kanser Mulut dari 18-23 Nov.
Dekan Fakulti Pergigian UM, Prof. Dr. Rosnah Mohd Zain berkata antara aktiviti sepanjang minggu itu ialah imbasan mulut percuma, pameran poster dan demonstrasi bagaimana melakukan sendiri pemeriksaan mulut.
"Minggu itu akan bermula dengan acara walkathon di Taman Tasik Shah Alam pada 18 November. Pada 19 November hingga 23 November diadakan imbasan mulut percuma di Fakulti Pergigian UM.
"Orang ramai boleh juga mendapatkan maklumat mengenai tanda-tanda dan simptom awal dan penyebab kanser mulut," katanya kepada Bernama.
Rosnah yang juga pengarah OCRCC berkata kesedaran mengenai kanser mulut perlu dipertingkatkan kerana 60 peratus daripada kes itu dikesan lewat.
#kanser mulut #pusat penyelidikan dan penyelarasan kanser mulut #universiti malaya