PERKHIDMATAN pengangkutan awam persendirian GrabTaxi dan Uber di Filipina cuba untuk menarik perhatian pengguna dengan menawarkan perkhidmatan helikopter.

Beberapa kepingan gambar yang menunjukkan tawaran ini mula dikongsi oleh pengguna Instagram Filipina sejak Selasa.

Menurut laman web e27.co, promosi #UberCHOPPER dari Uber akan berlangsung pada 21 November manakala promosi #GrabHeli dari GrabTaxi akan berlangsung pada 24 November.

Naib Presiden Kumpulan Pemasaran GrabTaxi Cheryl Goh memberitahu laman web itu, ia masih dalam peringkat ‘teaser’ dan maklumat selanjutnya akan didedahkan mengikut peringkat.

Grab with a view every weekend starting November 24! #GrabHeli

A photo posted by GrabTaxi Philippines (@grabtaxiph) on



Sementara itu, Uber dalam blognya berkata perkhidmatan #UberCHOPPER adalah percuma pada 21 November bagi warga Manila.

Namun perkhidmatan ini akan diberikan kepada pengguna bertuah berdasarkan terma dan syarat yang tertakluk.

Antaranya, pengguna tidak boleh lewat di tempat ‘pick-up’ dan penerbangan helicopter adalah untuk 10 minit.

Pengguna juga tidak boleh membuat permintaan destinasi.


Uber sebelum ini telah melancarkan perkhidmatan #UberCHOPPER di beberapa destinasi antarabangsa seperti Los Angeles, Melbourne, Cape Town, Shanghai, Hangzhou dan Hong Kong.