UAE rasmi pusat janakuasa solar terbesar

AFP RELAXNEWS
Mac 18, 2013 15:07 MYT
Abu Dhabi yang terkenal dengan hasil minyaknya telah membuka pusat janakuasa solar terbesar di dunia dengan kos $600 juta, yang mampu menjana bekalan elektrik ke 20,000 buah rumah.
"Shams 1 mampu menjana 100 megawatt , merupakan loji janakuasa terbesar dunia, " kata Sultan Al-Jaber, ketua di Masdar, Abu Dhabi yang bertanggungjawab terhadap rancangan membangunkan tujuh peratus keperluan tenaga yang diperlukan menjelang 2020 bagi sumber baharu yang boleh diperbaharui.
Masdar kini mampu menghasilkan 10 peratus tenaga solar dunia menurut beliau sewaktu pembukaan rasmi itu.
Kawasan solar tersebut dilengkapi deretan panjang cermin parabola seluas 285 padang bola di tengah padang pasir sebelah barat, kira-kira 120 kilometer atau 75 batu barat daya Abu Dhabi.
Masdar mempunyai 60 peratus pegangan terhadap projek tersebut sementara France's Total dan Spain's Abengoa masing-masing mempunyai 20 peratus pegangan.
Abu Dhabi merupakan tujuh negara Arab terkaya yang bernaung di bawah Emiriah Arab Bersatu.
#Abu Dhabi #Abu Dhabi's Masdar #janakuasa solar #Sultan al-Jaber
;