Twitter India lancar undian untuk emoji khas sempena Deepavali
Syafique Shuib
Oktober 26, 2016 18:36 MYT
Oktober 26, 2016 18:36 MYT
TWITTER India bakal melancarkan emoji khas sempena perayaan Deepavali yang akan disambut warga beragama Hindu pada Sabtu ini.
Netizen yang menggunakan hashtag #HappyDiwali akan melihat reka bentuk lampu diya yang digunakan buat pertama kalinya tahun lepas.
Bezanya untuk tahun ini, netizen mempunyai 'kuasa' untuk menentukan warna lampu diya itu.
Satu undian berdurasi 48 jam dilakukan di akaun rasmi Twitter India, @TwitterIndia sejak Selasa.
Netizen mempunyai pilihan sama ada ingin emoji berwarna jingga, biru, hijau dan merah jambu.
“Kami menggunakan khidmat crowdsourcing untuk menentukan emoji sempena #HappyDiwai untuk mengeratkan dan menyatukan orang ramai sempena sambutan ini,” kata Ketua Gaya Hidup dan Perkongsian Budaya di Twitter India, Keya Madhvani dalam satu kenyataan kepada The India Times.
Setakat ini, undian itu memerima lebih kurang 1,772 jumlah penyertaan.
Emoji itu akan dilancarkan dan boleh digunakan bermula 28 Oktober.