Tweet kaitkan JDT, tragedi HSA dengan Piala Malaysia dapat kritikan

Madiha Abdullah
Oktober 31, 2016 14:22 MYT
Tindakan sesetengah penyokong yang tidak matang dikecam.
BOLA sepak merupakan sukan perpaduan yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia.
Setiap kali adanya perlawanan besar, ia tentunya akan menjadi perhatian, baik penyokong pasukan terlibat mahupun pihak luar.
Namun apabila ada yang cuba menyimbah api perbalahan, ia terus dikecam dan dikritik.
Satu tweet daripada seorang pengguna Twitter yang secara tidak langsung mengaitkan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor semalam, dengan pasukan lain, tidak dapat diterima netizen.
Bukan sahaja menyindir pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang tersingkir lebih awal dalam saingan Piala Malaysia, si penulis turut dikritik apabila mengaitkan situasi semasa dengan tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah yang meragut lima nyawa, minggu lalu.
Kata netizen, bergurau kasar adalah perkara biasa dalam kalangan peminat bola sepak, namun bukan sampai ke tahap menaikkan kemarahan dan tidak mempermainkan tragedi yang meragut banyak nyawa.
Tweet berkenaan menjadi perbualan sehingga menerima lebih 2,000 retweet.
#JDT #Kedah #Piala Malaysia 2016 #Selangor