TV Samsung paling laris di Asia Tenggara

Astro Awani
Februari 28, 2013 07:28 MYT
Syarikat elektronik gergasi, Samsung Electronics mengalami peningkatan dalam penjualan produknya secara global sepanjang 2012, iaitu sebanyak 31 peratus.
Secara spesifiknya di rantau Asia, ia mengalami peningkatan sebanyak 63 peratus bagi keseluruhan tahun lepas.
Pencapaian memuaskan itu didokong penjualan TV, di mana Samsung jenama nombor satu di kebanyakkan negara Asia Tenggara.
Dengan inovasi berterusan, TV pintar, Samsung Smart TV 2013, yang dapat membaca pergerakkan dan arahan suara dihasilkan dan menjadi pertaruhan untuk tahun ini.
Produk dilancarkan pada forum Samsung Asia Tenggara 2013 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Rabu.
Turut dilancarkan, tujuh lagi produk baru atau yang telah ditambah baik iaitu UHD TV, premium F8000 LED TV, peti sejuk dan mesin basuh khusus pasaran Asia, kamera NX300, komputer riba Chronos siri 7 dan Galaxy Note 8.0.
Untuk 2013, Samsung lebih fokus kepada penjualan perkakas rumah selain telefon bimbit.
Samsung mengambil pendekatan "Lean Back Experience" yang mengutamakan kemudahan dan ketenangan minda setiap pengguna.
#forum Samsung Asia Tenggara 2013 #Samsung Electronics #TV Samsung
;