Tuah bayi rambut lebat 'rare', kini jadi duta produk syampu

Kohilah Sekaran
Januari 17, 2019 15:14 MYT
Bayi perempuan rambut lebat yang pernah menjadi perhatian di Internet kini mula mencipta nama sebagai salah seorang duta jenama Pantene di Jepun.
Seorang bayi perempuan berambut lebat yang pernah menjadi perhatian di internet kini mula mencipta nama sebagai salah seorang duta jenama Pantene di Jepun.
Chanco yang berusia setahun itu mula dikenali di Instagram sejak enam bulan lalu selepas ibunya memuat naik gambar bayi comel tersebut.
Pada ketika itu, ramai yang tertarik dengan kelebatan rambut Chanco yang disifatkan sebagai satu perkara yang sangat ’rare’ atau jarang ditemui.
Wajah Chanco kini terpapar dalam iklan Pantene bersama pengacara televisyen terkenal Jepun, Sato Kondo.
Gambar pertama itu dikeluarkan menerusi kempen Pantene #HairWeGo My Hair Moves Me Forward di akhbar utama, Asahi Shimbun pada 7 Januari lalu.
Menurut portal media antarabangsa, Presiden penjagaan rambut dan kecantikan antarabangsa di P&G, Alex Keith memilih bayi itu sebagai wajah kempen Pantene selepas membaca satu artikel mengenai Chanco pada tahun lepas.
#BabyChanco #bayi #Chanco #Instagram #Jepun #Pantene
;