Tip memakai sari dengan betul, barulah tampil berseri

T K Letchumy Tamboo
November 9, 2015 21:16 MYT
Sari merupakan pakaian tradisional wanita India dan sekiranya di pakai dengan cara yang betul, ia akan memberikan pemakainya rupa yang begitu cantik dan elegan.
Sari merupakan pakaian tradisional wanita India dan sekiranya dipakai dengan cara yang betul, ia akan memberikan pemakainya penampilan yang begitu cantik dan elegan.
Namun demikian, Sari Guru Antarabangsa, Pallavi Sri berkata ramai wanita tidak kira bangsa yang gemar memakai sari, sering kali memakainya dengan cara yang kurang tepat.
Di sini, Pallavi berkongsi tip dan cara-cara pemakaian sari yang betul:
1. Sari mestilah mempunyai ukuran panjang 5 ke 6 meter
2. Kain yang dipakai di dalam mestilah diikat dengan ketat dan sama panjang dengan sari
3. Hujung sari atau ‘pallu’ tidak boleh terlalu panjang atau terlalu pendek. Sebaik-baiknya ia haruslah panjang sedikit daripada paras lutut.
4. Sekiranya memakai kasut tumit tinggi, pakai kasut tersebut dan barulah ikat sari untuk menentukan panjangnya.
5. Kaki seharusnya tidak boleh dilihat setelah sari dipakai.
6. Lipatan sari di pusat perut seharusnya antara lima hingga tujuh lipatan.
7. Kain yang dipakai di dalam mestilah 100 peratus kain jenis kapas
8. Elakkan menguna kain jenis satin untuk dipakai di dalam sari
#Pallavi Sri #SARI #Sari guru
;