Tip hilangkan rasa mengantuk, kembali fokus selepas makan tengah hari

Nona
Ogos 13, 2021 11:07 MYT
Rasa cepat mengantuk, hilang konsentrasi dan tidak bertenaga pada siang hari merupakan antara keluhan biasa termasuk golongan yang bekerja dari rumah. -Gambar hiasan/Pexels
RASA cepat mengantuk, hilang konsentrasi dan tidak bertenaga pada siang hari merupakan antara keluhan biasa termasuk golongan yang bekerja dari rumah.
Nona tertarik berkongsi tip daripada pakar mata, Dr Noor Aniah Azmi ini yang juga merupakan anak kepada Pakar Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Lazimnya orang dewasa memerlukan sekitar tujuh hingga sembilan jam tidur berkualiti.
Tapi, banyak faktor yang menyebabkan kita mengantuk menjelang pertengahan hari walaupun mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.
Antaranya masalah gangguan tidur, sindrom prahaid, insomnia, fibromyalgia, anemia dan hypotiroidism.
Menerusi satu video TikTok Dr Aniah, beliau berkongsi 5 petua mujarab untuk mengatasi masalah ini.
  1. Kurangkan makanan karbohidrat
  2. Minum banyak air
  3. Sapu atau bau minyak peppermint
  4. Pasang lagu-lagu kesukaan
  5. Buat senaman ringan
Wah, memang informative dan banyak content menarik macam ini daripada Dr Aniah.
Makan makanan berat seperti nasi dengan berlebihan boleh menyebabkan kita kekenyangan dan mendorong rasa mengantuk.
Jadi, kawal pengambilan nasi sewaktu makan tengah hari.
Pendek kata, amalan gaya hidup sihat membantu kita kekal cergas dan penuh konsentrasi tak kira untuk bekerja atau beribadah pada waktu siang.
Dengan tip Dr Aniah ni, kita boleh kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari.
Buktinya beliau sendiri adalah seorang Pakar Mata di Ikonik Eye Specialist Centre (dulu dikenali sebagai Prof Muhaya Eye & LASIK Centre) serta ibu kepada empat anak.
“Saya suka sampai awal ke tempat kerja. Paling kurang satu jam sebelum saya jumpa patient.
"Tujuannya supaya saya dapat work on myself. Fokus pada self-development, baca material yang memberi motivasi baru dan tulis semula dalam iPad saya.
"Dengan cara ini, saya dapat buat perancangan dengan lebih baik dan review semula diri saya dari semasa ke semasa.
"Saya juga suka tulis atau voice out gratitude journal. Apa yang saya bersyukur hari ni.
"Jadi dengan amalan-amalan pagi sebelum mula bekerja ni, saya akan rasa lebih positif dan bertenaga waktu bekerja,” kata Dr Aniah.
Semoga tip yang dikongsikan oleh wanita bersuara lembut dan isteri kepada usahawan Tuan Addaem Chandran ini memberi manfaat kepada ramai orang.
Terus segar dan produktif dengan gaya hidup sihat!
Sumber: Instagram Dr Aniah Azmi
Artikel asal di Nona
#tip hilang mengantuk #makan makanan berat #tidak bertenaga #Noor Aniah Azmi #Muhaya Mohamad #bau minyak peppermint #Kurangkan makanan karbohidrat
;