Tip elak berat badan 'plus-plus' ketika musim perayaan - Pesanan ratu MMA
Haider Yutim
Januari 5, 2019 10:50 MYT
Januari 5, 2019 10:50 MYT
MUSIM cuti sekolah baharu sahaja berakhir. Bagi anda yang bercuti dan juga yang telah menyambut Deepavali dan Krismas, tentu anda menghabiskan banyak masa menikmati pelbagai jenis biskut dan makanan-makanan yang lazat serta minuman bergula -- maklumlah, musim perayaan.
Selepas ini pula, akan ada sambutan Tahun Baru Cina pula, dan juga Hari Raya Aidilfitri. Memang seronok melihat pelbagai juadah dihidangkan di depan mata, namun masalah timbul apabila setiap kali musim begini, berat badan pasti akan naik.
Tetapi, jangan khuatir kerana ini ada beberapa tip dari ratu MMA negara, Ann Osman tentang bagaimana hendak mengelakkan pertambahan berat badan ketika musim perayaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Apa?! Zumba tidak turunkan berat badan? Ini kata Kevin Zahri
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Melly Goeslow turunkan 9 kilogram berat badan
ARTIKEL BERKAITAN: Tun Mahathir jadi inspirasi Aizat Amdan jaga berat badan
#1 Bersenam terlebih dahulu
Bersenam dahulu di awal pagi. Kita sudah tahu akan dihidang pelbagai jenis makanan, jadi apa salahnya kita bersenam terlebih dahulu untuk membakar kalori dalam badan supaya kita boleh menikmati hidangan tersebut tanpa rasa bersalah.
#2 Peraturan 'satu pinggan'
Ketika musim perayaan, takkan kita hendak tengok sahaja makanan enak yang dihidangkan, bukan? Jadi, makan sahaja apa yang di depan mata tu. Tetapi... hadkan kepada satu pinggan sahaja. Jadi, kita tidaklah terlebih makan.
#3 Banyakkan minum air
Air sangat penting untuk tubuh kita. Selain meningkatkan metabolisme, air juga boleh mengawal selera makan kita. Oleh itu, meminum air yang banyak terutama air kosong akan membantu kita berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang dimakan juga akan kurang.
#4 Bersosial
Pada waktu perayaan, ketika berkunjung ke rumah saudara-mara, jiran ataupun rakan-rakan, selain makan kita juga boleh bersosial. Ya, bersosial iaitu banyakkan ambil masa untuk bergaul, berborak dan berkenalan dengan tetamu-tetamu lain yang ada di situ. Bak kata orang, "yang jauh didekat, yang dekat dirapatkan". Dengan lebihkan masa bersosial, kita akan kurang memikirkan tentang makanan.
Okey, itu dia sedikit sebanyak tentang cara pemakanan sihat sewaktu musim perayaan oleh atlet ONE Championship kita. Untuk kekal sihat pula, sentiasalah amalkan diet yang seimbang.
#Ann Osman
#berat badan
#Deepavali
#Hari Raya Aidilfitri
#Krismas
#MMA
#musim perayaan
#ONE Championship
#Tahun Baru Cina