Tip amalan Lailatul Qadar bagi wanita uzur

Madiha Abdullah
Mei 25, 2019 08:27 MYT
Banyak cara untuk wanita untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar biarpun sedang haid.
APABILA bercakap tentang bulan Ramadan, umat Islam tentunya paling teruja menantikan 10 malam terakhir yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.
Fadilat dan ganjaran yang diperolehi mereka yang menemui malam istimewa ini sangat besar, justeru tidak hairanlah ramai yang berlumba mahu melakukan ibadah.
Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang mengalami keuzuran atau haid? Bolehkah mereka beribadat, dan bagaimana caranya?
Yang tidak boleh
Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa.
Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan.
Niat dari awal
"Seeloknya, wanita berniat dari awal Ramadan untuk mencari Lailatul Qadar. Bukan sahaja niat, tetapi diiringi juga dengan aktiviti-aktiviti yang menghidupkan Ramadan, seperti solat terawih dan membaca al-Quran. Insya Allah ada ganjaran besar menanti biarpun dia tidak dapat melakukannya pada malam Lailatul Qadar."
- Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman
Perbanyakkan selawat dan zikir
"Bangun di tengah malam dan lakukan ibadah seperti berzikir, berselawat dan beristighfar.
"Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.
"Kalau selalunya kita solat ambil masa lima minit, tapi kerana uzur, ambillah masa lima minit itu untuk selawat dan instighfar."
- Ustaz Azhar Idrus
Bila malam Lailatul Qadar?
"Dalam 10 malam terakhir Ramadan, ada yang menyebut pada malam ganjil iaitu 21,23, 25, 27 dan 29. Tetapi lebih afdal jika kita hidupkan keemua 10 malam.
"Malam Lailatul Qadar bukan bermakna kita perlu tunggu pada waktu tengah malam. Jika kita solat Isyak, terawih dan berdoa, kita dapat pahala Lailatul Qadar itu."
- Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
#amalan #ibadah #Islam #Lailatul Qadar #Ramadan #wanita
;