Tinjauan: Adakah pengguna faham konsep kebersihan GMP?
Shamil Hizamie
Mei 27, 2015 16:25 MYT
Mei 27, 2015 16:25 MYT
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) telah diwujudkan bagi membantu industri makanan untuk mencapai piawai pengeluaran yang lebih tinggi selain memenuhi kehendak keselamatan.
Semua jenis pengusaha premis makanan sama ada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan boleh memohon untuk mendapatkan sijil ini.
GMP tidak terangkum kepada kadar kebersihan makanan sahaja. Elemen-elemen lain seperti kebersihan bangunan, peralatan, kemudahan sanitasi, kawalan operasi, penyelenggaraan, pekerja, pengangkutan dan lain-lain turut memainkan peranan semasa penilaian.
Berita penarikan semula sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd pada 7 Mei lalu menjadi perbualan hangat sejurus diumum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa.
Keputusan itu dibuat Jakim kerana pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan GMP yang serius.
Pada masa yang sama, Jakim turut menafikan penarikan tersebut disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk makanan.
Semalam, Secret Recipe menerusi muat naik di Facebook memaklumkan bahawa kilang utamanya kini menjalani pengubahsuaian untuk pelan pembangunan yang lebih komprehensif.
Secret Receipe turut memberi jaminan bahawa bahan ramuan dan proses pengendalian makanan syarikat mereka akan terus mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Berikan pendapat anda.