Timbul keraguan dalam perubatan, apa penyelesaiannya?
Ehsan A Marisah
Februari 8, 2021 17:53 MYT
Februari 8, 2021 17:53 MYT
KUALA LUMPUR: Menjaga kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan sentiasa menjadi keutamaan ramai.
Walau bagaimanapun, ketika sesetengah daripada kita sedang mendapatkan rawatan dan menerima ubat-ubatan, timbul pula persoalan halal dan haram perubatan tersebut daripada sekumpulan individu tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama.
Sehingga kini, ia terus menjadi perbualan hangat dan mewujudkan pelbagai stigma serta kepercayaan.
Keraguan itu juga turut mewujudkan beberapa golongan, antaranya antivaksin, antiperubatan moden, menidakkan perawatan hospital, bahkan secara terang-terangan beralih kepada perubatan alternatif seperti perubatan kampung, ubatan warisan, eksotik, bomoh, mahupun ‘doktor media sosial’.
Alasan yang sering diberikan adalah seperti tidak mempercayai kandungan yang digunakan, rawatan lambat dan kesukaran menetapkan temu janji juga menyumbang kepada keraguan tersebut.
Dalam pada itu, kos yang lebih murah ditawarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab juga mempengaruhi golongan tersebut.
Justeru, apakah langkah dan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi membendung perkara ini?
Apakah harus dilakukan bagi memecahkan persoalan dan keraguan tersebut?
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S26 membincangkan isu “Halal & Haram Dalam Perubatan”.
Sesi ini dikendalikan oleh Dzulfitri Yusof, Editor Kanan, Astro AWANI dan disertai Ahli Jawatankuasa, Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’), Dr. Rushdi Ramli; Pengarah Besar, International Fatwa & Halal Centre (IFFAH), USIM, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan General Secretary, Persatuan Tabib Tionghua Malaysia (MCMA), Dr. Kong Why Hong.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, 10 Februari 2021 ini, jam 11 pagi.
#perubatan
#kesihatan
#Halal
#haram
#vaksin
#fatwa
#Islam
#media sosial
#bomoh
#perubatan moden
#perubatan alternatif
#Darussyifa'
#tabib
#Cina
#India