"Tiada yang mustahil" - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja
Asyraf Roslan
Januari 2, 2019 14:19 MYT
Januari 2, 2019 14:19 MYT
“IA bukan apa yang kita boleh lakukan tetapi apa yang harus kita lakukan."
Ini merupakan petikan kapsyen yang dipetik dari laman instagram pemain tenis 30 terbaik dunia, Serena Williams.
Dia juga memberikan kata-kata semangat kepada ibu dan bapa di luar sana yang dapat mengimbangi kerja dan juga keluarga pada masa yang sama.
Williams telah menyampaikan mesej Tahun Baharu 2019 yang memberi inspirasi kepada ibu dan bapa yang kerja, dengan mengatakan 'Tiada yang Mustahil'.
Pemain tenis berusia 37 tahun itu juga berterima kasih kepada semua ibu bapa yang bekerja tetapi masih lagi dapat memberi tumpuan kepada keluarga mereka kerana telah memberi inspirasi buat dirinya.
Williams turut memuat naik dua gambar yang menunjukkan dia sedang memanaskan badan untuk ke perlawanan tenis sambil mendukung anak perempuannya.
“Saya sedang bersiap sedia untuk ke pertandingan pertama tahun ini dan @olympiaohanian keletihan dan amat memerlukan saya ketika ini,”