#ThisHappened: Kematian Chadwick Boseman, COVID-19 antara tumpuan warga Twitter
Asyraf Roslan
Disember 8, 2020 22:35 MYT
Disember 8, 2020 22:35 MYT
TINGGAL beberapa minggu sahaja lagi kita akan melangkah memasuki tahun 2021.
Tahun ini dilihat sebagai satu tempoh yang agak sukar kerana penularan pandemik COVID-19 namun sebahagian besar rakyat dunia masih bertahan dan bersemagat untuk mengatasi krisis ini.
Penggunaan media sosial dalam tempoh yang sukar ini sangat penting lebih-lebih lagi kita harus mendapatkan maklumat terkini mengenai pandemik yang menyerang dunia.
Bukan itu sahaja, banyak juga kisah suka duka yang dikongsikan lebih-lebih lagi pengguna media sosial Twitter.
Melalui tanda pagar #ThisHappened, Twitter berkongsi bersama dengan netizen apa yang menarik di laman sosial itu sepanjang tahun 2020 ini.
Kita mulakan perkongsian dengan Tweet yang mendapat jumlah retweet dan juga like yang banyak daripada netizen.
Antara Tweet yang berjaya mendapat retweet dan like terbanyak ialah mengenai kematian pelakon filem adiwira, Black Phanter iaitu, Chadwick Boseman.
Tweet tersebut telah memperoleh 7.5 juta like dan juga lebih tiga juta retweet.
Pada masa sama, video nyanyian salah seorang ahli kumpulan BTS, Jungkook juga berjaya mencipta rekod apabila mendapat 3.1 juta like.
Selain Boseman dan Jungkook, ini antara tweet lain yang mendapat jumlah like dan retweet yang banyak.
Pada masa sama, Twitter turut berkongsi mengenai tanda pagar yang trending sepanjang tahun 2020.
Tahun ini memperlihatkan #COVID19 menjadi tanda pagar yang paling banyak digunakan oleh rakyat dunia tahun ini.
Selain itu penggunaan tanda pagar #BlackLivesMatter juga dilihat trending di Twitter kerana ramai yang membicarakan mengenai kematian George Floyd yang maut ketika ditahan polis di Minneapolis.
Bukan sahaja nama George Flyod, malah politik Amerika Syarikat juga menjadi buah mulut orang ramai di laman Twitter menyebabkan nama Donald Trump, Joe Biden, Barack Obama, Narendra Modi dan Kamala Harris menjadi nama yang paling banyak di Tweet oleh pengguna Twitter.
Bukan sahaja menyentuh mengenai nama yang menjadi perbualan hangat, Twitter juga berkongsi mengenai emoji yang sering digunakan oleh netizen dunia.
Dari gambar yang dikongsikan, nampaknya emosi rakyat dunia sememangnya turun naik.
Mana tidaknya, 20202 tahun adalah yang sukar kerana ramai yang diberhentikan kerja, tidak dapat pulang berjumpa keluarga, tidak dapat bercuti dan sebagainya.
Jadi faham-faham sahajalah mengapa perasaan itu bercampur baur.
Tapi bukan emoji emosi sahaja yang banyak digunakan oleh warga Twitter malah, emoji makanan juga menjadi pilihan sepanjang tahun ini.
#This Happend
#Twitter
#emoji
#Joe Biden
#Donald Trump
#Barack Obama
#COVID-19
#George Floyd
#Tweet
#Narendra Modi