Terpal.ing! Google perkenal nama domain dengan akhiran .ing

Amanz
November 4, 2023 09:38 MYT
Nama domain .ing ini masih pada peringkat fasa akses awal, dan akan dibuka kepada umum secara rasminya pada 5 Disember kelak. -Gambar fail/Bernama
TERDAPAT pelbagai nama domain di pasaran hari ini, dan terbaharu Google turut berkongsi nama domain dengan akhiran .ing.
Ini sekali gus membolehkan pengguna menghasilkan laman web dengan nama yang unik.
Nama domain .ing ini masih pada peringkat fasa akses awal, dan akan dibuka kepada umum secara rasminya pada 5 Disember kelak.
Buat masa ini, harga jualannya agak tinggi berbanding harga rasmi pada 5 Disember.
Bersama-sama pengumuman ini, Google turut mengatakan terdapat beberapa firma yang telah mula menggunakan nama domain .ing ini, termasuk Canva dengan design.ing, Adobe dengan edit.ing, selain pelbagai penggunaan lain – termasuk dumpl.ing.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak dan mendaftar nama domain dengan akhiran .ing ini.
Di samping .ing, Google juga dijangka menawarkan nama domain dengan akhiran .meme tidak lama lagi. -Amanz
#Google #nama domain #ING #meme