Terlena ketika penstriman, sudahnya lebih 2 juta tonton 'aksi tidur' lelaki ini
Agensi
Februari 2, 2019 12:29 MYT
Februari 2, 2019 12:29 MYT
SEORANG lelaki tiba-tiba menjadi perbualan netizen gara-gara tertidur sewaktu penstriman video secara langsung.
Lelaki yang dikenali dengan nama Jesse itu pada mulanya melayari laman penstriman video, Twitch. Selama dua jam, dia makan dan menonton televisyen namun tidak terlibat dalam sebarang perbualan.
Jesse kemudiannya tertidur, namun terlupa mematikan penstriman itu, menyebabkan aksi dia tidur disaksikan secara langsung oleh lebih 200 pengguna lain.
Jesse tertidur selama hampir dua jam, dan apabila terbangun, lelaki berusia 36 tahun itu terkejut besar apabila mendapati video itu telah ditonton lebih 200 kali.
Ketika berita ini ditulis, video berkenaan telah tular dan menerima tontonan lebih 2 juta kali.
"Saya biasanya membuat penstriman permainan video. Hanya sesekali saya terbabit dalam perbualan.
"Memang kelalaian saya lupa mematikan penstriman itu, tetapi tidak sangka ada yang sanggup menonton sehingga saya bangun," kata Jesse kepada portal Bored Panda.