Terlalu indah, ketenangan yang tidak pernah dirasakan - Nurul Zahid

Mingguan Wanita
Julai 20, 2021 08:05 MYT
NURUL ZAHID: Peluang menunaikan haji kali kedua bersama suami, madu dan ibu mentua di usia 40 tahun adalah usia yang paling sesuai dan persediaan untuk bergelar seorang Hajjah adalah satu peluang yang tidak saya sia-siakan. -Instagram Nurul Zahid
“TERLALU Indah.”
itulah luahan Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan Nurul Zahid yang berkongsi pengalamannya mengerjakan ibadah Haji.
Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini mengingatkan mereka yang pernah menunaikan haji kenangan sewaktu mengerjakan ibadah itu.
Apatah lagi dengan keadaan pandemik COVID-19 hari ini, keadaan tidak sama seperti dulu.
Tiada siapa menyangka, tiada siapa pernah menduga, sudah dua tahun kita diwarnai dengan kisah duka lara bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan penduduk dunia secara keseluruhan.
Malah kerajaan Arab Saudi juga telah membuat keputusan tidak membenarkan jemaah dari luar negara ke tanah suci tahun ini.
Seperti mana dikongsi menerusi entri di akaun Instagramnya, Nurul Zahid akui sewaktu mengerjakan kali kedua bersuami, madu dan ibu mentuanya sangat bermakna dalam dirinya.
I am well equipped with sport shoes, bag pack, water bottle, rubber prayer mat, spray bottel (for wudhu).
“Saya menunaikan haji kali pertama ketika saya berumur 18 tahun. Dan jujur saya katakan, pendedahan dan pengertian haji buat saya pada ketika itu sangat jahil.
“Peluang menunaikan haji kali kedua bersama suami, madu dan ibu mentua di usia 40 tahun adalah usia yang paling sesuai dan persediaan untuk bergelar seorang Hajjah adalah satu peluang yang tidak saya sia-siakan,” tulis Nurul Zahid.
Nurul Zahid juga menyatakan ketika itu tahap kesihatannya sangat baik.
Malah dia juga turut berpeluang mendaki bukit bersebelahan dengan khemah wukuf dan berkongsi pengalaman yang cukup indah.
“Alhamdulillah, kesihatan saya dalam tahap yang terbaik ketika wukuf.
"Saya mengambil peluang mendaki bukit bersebelahan dengan khemah wukuf untuk merasai pengalaman yang belum pernah saya lalui.
“Selepas solat Asar, saya bersama suami dan beberapa rakan kami mendaki sebuah bukit dan mula mencari ‘port’ kami untuk melakukan solat-solat sunat, berzikir dan berdoa sementara menunggu Maghrib yang menandakan tamatnya waktu wukuf.
“Suasana di atas bukit tidak dapat saya gambarkan. Jutaan manusia memenuhi bukit berhampiran Jabal Rahmah, masing-masing dengan dosa yang mengharapkan pengampunan.
"Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar!"
“Saya minta izin kepada suami untuk saya bersendiri tidak jauh dari ‘port’ dia.
“Saya dapat merasakan setiap lelah dan sedih dan pengharapan saya disapa dengan angin yang ‘memeluk’ saya sepanjang waktu saya bercerita kepadaNya akan kisah dosa yang diharapkan digugurkan dari diri saya.
“Terlalu indah. Sangat indah. Ketenangan yang saya tidak pernah saya rasakan sepanjang hidup saya.
"Jika diberi peluang, saya ingin dijemputNya lagi."
Ujian Hebat Sepanjang Mengerjakan Haji
“Ujian sepanjang mengerjakan haji juga hebat. Biarlah ia tersimpan kemas dan apa yang boleh saya kongsikan, Haji 2018 menjadikan saya sesorang yang belajar makna sabar dan bersyukur.
“Terima kasih Allah untuk detik dan pengalaman yang dipinjamkan.
"Walaupun wukuf hanya beberapa jam dipinjamkan waktunya, Alhamdulillah ia cukup untuk saya kenang sehingga habis hayat saya.
Labaikallah hummalabaik,” kongsi Nurul Zahid.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Nurul Zahid
Artikel asal di Mingguan Wanita.
#Nurul Zahid #Aidiladha #Arab Saudi #Haji #COVID-19 #Datuk Nurul Hidayah #pandemik #jemaah #Tanah Suci
;