Terjun kolam renang pakai jubah konvokesyen, ini penjelasan Pandelela Rinong

Gempak
Oktober 29, 2018 13:16 MYT
Aksi terjunan berjubah konvokesyen Pandelela mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen hingga ada yang menyifatkan ia tidak menghormati pakaian tersebut. - Foto IG Pandelela Rinong
TULAR sepotong video memaparkan aksi terjunan papan anjal milik penerjun negara, Pandelela Rinong.
Bukan biasa-biasa apabila aksi itu menyaksikan Pandelela masih menyarung jubah konvokesyen sempena meraikan kejayaannya menggenggam ijazah sulungnya dan terjun ke kolam renang.
Bagaimanapun, aksi terjunan berjubah konvokesyen Pandelela mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen hingga ada yang menyifatkan ia tidak menghormati pakaian tersebut.
Namun, Pandelela, 25 tahun, mempunyai jawapannya sendiri.
"Kalau anda merancang untuk mengadakan 'wet party' lebih baik anda beli jubah konvokesyen bersama papan mortarnya sekali," tulis Pandelela menjelaskan situasi sebenar.
Pandelela turut mengagumi rekaan dan warna jubah yang dipakai sempena hari graduasinya baru-baru ini.
"Adakah anda menyukai jubah graduasi anda? Memandangkan saya sangat sukakan warna dan rekaannya, saya ucapkan tahniah buat UM (Universiti Malaya) untuk jubah graduasi ini.
"Saya sangat gembira apabila dapat membelinya dan menggantung di rumah.
"Manalah tahu boleh menyuntik motivasi untuk saya menyambung pelajaran selepas Tokyo 2020," tambahnya.
#atlet #Kolam renang #konvokesyen #Pandelela Rinong #ratu terjun #rumah #Tokyo 2020 #universiti malaya
;