Telefon 'lipat' Motorola Razr bakal buat 'comeback'

Agensi
Januari 17, 2019 11:47 MYT
Motorola Razr merupakan antara model telefon bimbit paling popular suatu ketika dahulu. - Foto MobySmartCat - YouTube
MODEL telefon bimbit popular pada awal era 2000, Motorola Razr, akan membuat comeback (kemunculan semula) tidak lama lagi.
Motorola yang kini dimiliki Lenovo, bekerjasama dengan Verizon untuk menghidupkan kembali telefon berskrin lipat atau flip itu, dan merancang untuk memasarkannya di Amerika Syarikat pada Februari, menurut laporan Wall Street Journal.
Bagaimanapun, tidak banyak perincian yang diketahui tentang telefon itu buat masa ini.
Ia dijangka dijual dengan harga AS$1,500 (RM6,170), AS$600 lebih mahal daripada sebelum ini.
Hanya 200,000 unit akan dihasilkan pada peringkat awal dan proses pengujian berjalan lancar, lapor The Journal.
Model Razr kali pertama dilancarkan pada 2004 dan berjaya dijual sebanyak 130 juta unit, menjadikannya salah sebuah model telefon bimbit paling popular.
Populariti Razr jatuh mendadak selepas Apple melancarkan iPhone pertama pada 2007, yang memaksa pengeluaran model itu dihentikan pada 2008.
#Apple #iPhone #LENOVO #model #Motorola #Motorola Razr #Telefon bimbit #Verizon
;