Teknik latihan kuatkan paru-paru selepas sembuh jangkitan COVID-19
Keluarga
Mac 27, 2022 10:30 MYT
Mac 27, 2022 10:30 MYT
TEKNIK latihan kuatkan paru-paru sangat penting diamalkan oleh bekas pesakit COVID-19 yang sudah sembuh.
Kebanyakan mereka sering mengadu kerap mengalami masalah pernafasan selepas mereka bebas daripada virus tersebut.
Ini kerana virus berkenaan telah menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit.
Situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit COVID-19 berasa tidak selesa dan bimbang dengan situasi tersebut.
Perkongsian Dr Arisman yang memuat naik video mengenai teknik latihan untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan COVID-19 memang sangat bermanfaat.
TEKNIK LATIHAN KUATKAN PARU-PARU
- Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.
- Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.
- Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
- Tahan nafas selama 4 saat.
- Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.
Amalkan latihan ini setiap hari, lama-kelamaan insyaAllah anda akan dapat bernafas dengan lebih lancar selepas itu.
Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan di hospital.
*Artikel asal di Keluarga
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !