Tegur peniaga guna gelaran 'awak', doktor jadi mangsa manipulasi netizen

Madiha Abdullah
April 8, 2016 16:27 MYT
Dr. Harlina menegur si peniaga agar lebih bersopan dalam perbualan dengan pelanggan. Foto/Facebook Harlina Halizah Siraj
SEORANG doktor wanita tiba-tiba sahaja menjadi perhatian netizen hanya kerana tegurannya tentang adab dalam urusan rasmi.
Dr.Harlina Halizah Siraj, yang merupakan petugas perubatan di Pusat Perubatan UKM, pada mulanya memuat naik satu perbualan antara dirinya dengan seorang peniaga atas talian (online seller) di aplikasi WhatsApp.
Dalam perbualan itu, si peniaga memanggil Dr.Harlina dengan panggilan 'awak'.
Panggilan itu tidak disenangi Dr. Harlina yang kemudiannya menegur si peniaga agar lebih bersopan dalam perbualan dengan pelanggan.
Apa yang dimaksudkan beliau adalah penggunaan gelaran dan kata ganti nama yang sesuai, seperti Cik atau Puan, atau menggunakan gelaran Doktor yang dimilikinya.

BAHASA JIWA BANGSA...Sedikit teguran dari Dr Har untuk anak2 USAHAWAN MUDA yang sedang rancak berurusan dengan para...

Posted by Harlina Halizah Siraj on
Teguran itu menerima reaksi yang bercampur baur, malah boleh dikatakan mereka yang menyokong Dr. Harlina adalah sama ramai dengan mereka yang mengkritik.
Yang menyokong, kebanyakan berpaksikan fakta bahawa apa yang ditegur Dr.Harlina adalah asas dalam amalan hidup berbudi bahasa yang diamalkan rakyat Malaysia.

Haritu kecoh kes tudung Fareeda. Harini viral pulak mesej Dr.Harlina. Mungkin pada pandangan sesetengah masyarakat yang...

Posted by Siti Mureza Binti Shuib on

Banyak yg komen ttg ni, bagi saya, Saya menyokong pendapat Dr.harlina ni, mmg dari segi professionalism , customer...

Posted by Fareda Razak Ams on

AmranFans duk bash Dr.Harlina ni sebab minta seller gunapakai gelaran yang betul bila berurusan...Saya secara peribadi...

Posted by Hakim EngineerEmas on

Betul tu Dr.Harlina did no wrong, kita sebagai peniaga kena peka lebih pada siapa pelanggan kita dan potential clients....

Posted by Husna Adilah Binti Sidek on
Urusan perniagaan, kata mereka, adalah urusan rasmi yang memerlukan segala tatacara, termasuklah panggilan, juga menggunakan terma rasmi.
Bagi mereka yang mengkritik pula, mereka merasakan perkara tersebut adalah remeh, apatah lagi si peniaga menggunakan ganti nama 'awak' yang tidaklah kedengaran terlalu kurang ajar berbanding 'kau'.
Ada juga yang menyifatkan Dr.Harlina terlalu mengagung-agungkan gelaran apabila menyebut nama penuh beserta gelaran 'doktor' yang dimiliki.
Dalam respon terhadap reaksi itu, Dr.Harlina menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook, meminta maaf dan menyatakan niat asalnya hanya mahu menegur.

SalamSaya memohon sepenuh kemaafan sekiranya ada pihak yang tersinggung, kecewa dan marah-marah dengan update FB saya...

Posted by Harlina Halizah Siraj on
"Sekiranya ada nada takabbur dan sombong di dalam update tersebut, saya mohon keampunan Allah SWT yang akan mengadili saya kerana saya tahu sifat takabbur itu hanyalah milik Allah SWT," tulisnya.
#Dr. Harlina Halizah Siraj #online seller #panggilan hormat #peniaga online
;