Tauhu Anora pikat selera pengunjung bazar

Syakirah Zulkifly
Mei 26, 2018 22:00 MYT
Raja Fareza (kiri) menyediakan pesanan pelanggan yang membeli Tauhu Anora di Bazar Taman Melawati dengan harga RM2.50 sebiji. - Foto Astro AWANI
ANEKA juadah sentuhan moden dengan hiasan menarik yang dapat ditemui hari ini sama sekali tidak dapat meminggirkan juadah yang lebih bersifat tradisional.
Salah satunya adalah tauhu Anora seperti yang diusahakan oleh keluarga Raja Fareza Raja Mohd Biajid, 31, sejak turun-temurun.
Tauhu Anora boleh ditemui di bazar Taman Melawati, Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai juadah popular di kawasan tersebut serta menjadi pilihan orang ramai khususnya pada bulan Ramadan.
Menurut Raja Fareza, pelanggan yang datang membeli bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah ada yang datang dari lokasi lebih jauh seperti Subang dan Shah Alam.
dia mengambil alih perniagaan ibunya yang telah memperkenalkan tauhu Anora di pasaran dengan resipi sendiri sejak 25 tahun lalu.
“Ibu saya memulakan perniagaan ini sejak tahun 1995. Saya meneruskan legasi perniagaan keluarga dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dan pekerjaan sepenuh masa,” kata Raja Fareza ketika dihubungi Astro AWANI.
Lantaran ibunya, Noraini Mar’at, 66, terlalu menyukai tauhu, kegemarannya itu menjadi inspirasi baginya menghasilkan resipi itu.
Menurut Noraini, dia juga menggalakkan anak-anaknya menyukai makanan yang direka dan akan terus mengolah resepi sehingga menepati cita rasa mereka.
“Itu adalah salah satu cara bagi memperbaiki resipi dan mendapatkan rasa yang sedap serta memastikan pelanggan tidak putus membeli,” ujarnya.
Bagaimanapun, kos barangan mentah yang semakin meningkat telah menyebabkan perbelanjaan modal lebih tinggi daripada biasa.
Namun Noraini sentiasa berhati-hati bagi memastikan harga yang dikenakan masih berpatutan sekali gus memuaskan hati pelanggan.
“Pada tahun 1995, kami menjual sebiji tauhu pada harga RM1. Bayangkan perbezaan kos dahulu dan sekarang yang terlampau jauh jadi kami sangat berhati-hati dengan harga jualan dan mengimbangkan keseluruhan kos dengan sokongan pelanggan,” kata Noraini.
Selain itu, beliau juga beranggapan tauhu bergedil yang tular baru-baru ini bukanlah satu saingan memandangkan itu sudah menjadi adat dalam perniagaan.
Tambahnya, setiap hari persiapan dibuat seawal jam 7 pagi sebelum memulakan jualan di bazar pada pukul 3 petang.
Sementara itu, Noraini berasa sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan serta memohon maaf kepada pelanggan yang tidak sempat membeli selepas beratur panjang.
Rata-rata pelanggan yang sanggup beratur berkongsi rakaman video dan gambar di media sosial dan meluahkan rasa tidak sabar untuk menikmati juadah tersebut ketika berbuka puasa.

At first aku fikir balik kenapa org sanggup beratur panjang untuk tauhu aurora ni, bg aku apa yg sedap sgt kan tp bila dah try mmg tak menyesal . Dia punya sedap mmg sanggup beratur smpai esok pagi hahaha Location: Bazaar Taman Melewati pic.twitter.com/cACaYA20SK

— اا(@ImaanSam) May 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ok hari ni admin dpt makan Tauhu Anora. My favorite tauhu hampir 20 tahun. Boleh beli kat bazar Ramadan Tmn Melawati KL sapa penah rasa?

— infosihat2u© (@infosihat2u) June 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tgh queue utk Tauhu Anora. Dah lama teringinnn tapi sbb jauhhhh. Harini baru dpt peluang. Hopefully tak habis laaaaa /p>— Alyaa Azman (@alyaazman) May 20, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bazar #Kuala Lumpur #puasa #Ramadan #Taman Melawati #Tauhu Anora
;