Tasik Cermin dibuka semula dengan penambahbaikan fasiliti

Gempak
Mac 19, 2022 10:00 MYT
Tasik Cermin sudah dibuka semula untuk kunjungan umum dengan banyak penambahbaikan fasiliti. -Gempak
DESTINASI percutian popular di Ipoh, Perak, Tasik Cermin sudah dibuka semula untuk kunjungan umum selepas ditutup beberapa bulan lalu lantaran tular video seorang lelaki yang terjun ke tasik tersebut.
Terkini, banyak perubahan yang telah dilakukan di kawasan Tasik Cermin ini berbanding dengan beberapa tahun lalu.
Selain penambahbaikan fasiliti, kemasukan ke Tasik Cermin juga dikenakan bayaran.
Bayaran bagi tempat parkir kereta dikenakan sebanyak RM5, manakala RM2 dicas untuk setiap orang yang masuk ke dalam.
Walaupun begitu, kawasan Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Kinta ini tidak membenarkan orang ramai mandi-manda di kawasan tasik berkenaan.
Pembangunan tersebut sekali gus bakal menjadikan Tasik Cermin produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Ipoh.
Difahamkan, pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh berkonsepkan rendah karbon yang menggunakan bahan mesra alam.
Sekadar info, Tasik Cermin Eco Park merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan tular di aplikasi TikTok.
*Artikel asal di Gempak

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Tasik Cermin #destinasi percutian popular #bayaran masuk dan parkir #penambahbaikan fasiliti
;