Tangkap gambar bertaraf profesional dengan OPPO Reno10 5G

Ian Johan Ariff
Julai 6, 2023 06:33 MYT
Siri OPPO Reno10 dilancarkan pada Khamis di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: OPPO melancarkan siri Reno10 terbaharu dengan menampilkan tiga model Reno10 Pro+ 5G, Reno10 Po 5G dan Reno10 5G yang datang dengan sistem kamera bertaraf profesional.
Terdapat beberapa peningkatan pada sistem kamera pada siri OPPO Reno10 namun ciri yang paling utama ialah kanta telephoto yang dengan kamera Potret Ultra-Jelas.
Pengimbas pada Kamera Potret Telephoto juga bersaiz 1/2” iaitu saiz yang lebih besar daripada telefon lain yang ada dalam industri.
Selain itu, Reno10 juga datang dengan Kamera Utama Ultra-Jelas, Kamera Swafoto Ultra-Jelas, Kamera Swafoto Ultra-Jelas dan Kamera Ultra-Lebar 112° 8MP yang berkualiti tinggi.
“Dengan 64 megapiksel, ia (OPPO Reno10 Pro+ 5G) merupakan lensa yang tertinggi dalam industri setakat ini.
“Mode Potrait pada kamera Reno10 pula boleh mencapai sehingga tiga kali zoom yang membolehkan penggunakan mengambil gambar seperti seorang jurugambar profesional, menjadikan gambar itu seperti sebuah karya agung seorang jurugambar,” kata Pengurus Produk OPPO, Megat Harith.
Lebih menarik, pengalaman pengimejan potret ini dibawakan ke siri Reno10 tanpa mengorbankan ketebalan, ringan dan reka bentuk yang bergaya.
Reno10 anya mempunyai ketebalan 8.28mm dan berat hanya 194 gram menjadikan Reno10 Pro+ 5G telefon pintar paling nipis di pasaran dilengkapi kamera telefoto periskop.
Siri OPPO Reno10 juga dibina dengan pengecasan pantas SUPERVOOC yang mengecas sehingga 100W, yang membolehkan pengecasan bateri sehingga 50 peratus dalam tempoh kurang sepuluh minit.
Pada pelancaran siri OPPO Reno10 pada Khamis, orang ramai termasuk para pempengaruh dan selebriti, diberi peluang untuk menguji kekuatan kamera yang ada Reno10.
Salah seorang tetamu khas yang menjadi model pada pelancaran tersebut adalah pelakon dan pelawak, Harith Iskander.
“Misi istimewa saya hari ini adalah ‘surprise guest model’ sebab you know sejak kecil lagi orang tengok saya macam oh wow you’re a model!” seloroh Harith kepada media.
“Sebab orang terkejut kadang-kadang ingat saya pelawak, kan? Sebenarnya pelawak hanya sambilan kerana sebenarnya saya seorang model.”
Sementara itu, pemain badminton negara, Lee Zii Jia diberi penghormatan untuk meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Motivasi OPPO.
Zii Jia merupakan Ketua Pegawai Motivasi OPPO sejak tahun lepas.
“Untuk hari ini, misi saya adalah untuk menyokong para jurugambar muda dan menemukan pakar potret terbaik di kalangan mereka.” jelas Zii Jia.
OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) dijual pada harga RM3,499, sementara Reno10 Po 5G (12GB + 256GB) RM2,199 dan Reno10 5G (8GB + 256GB) RM1,799.
OPPO Reno10 boleh ditempah di Malaysia bermula 6 hingga 14 Julai 2023 di semua kedai fizikal OPPO atau dalam talian di www.oppo.com/MY.
OPPO perkenal sistem kamera bertaraf profesional dengan Reno10
#Oppo #reno10 #5G #telephoto
;