Tangani pendarahan hidung dengan teknik yang betul

Najmi Syahiran Mamat
Jun 21, 2020 13:46 MYT
Anda dinasihatkan agar segera berjumpa doktor jika pendarahan berterusan. Foto hiasan
PENDARAHAN hidung atau masalah yang dipanggil sebagai 'epistaksis' yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak kadang kala mengundang panik bagi orang dewasa.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hidung berdarah boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma.
Juga, ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu ‘little area’ yang senang untuk berdarah.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan hidung berdarah. Antaranya, sejuk dan alahan, jangkitan pada salur hidung (sinus), trauma dan terlalu kerap bersin.
Menurut Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, sekiranya berlaku pendarahan secara tiba-tiba, terdapat panduan khusus atau teknik kecemasan yang betul boleh diamalkan.
Berikut merupakan teknik yang betul sekiranya situasi itu berlaku kepada anda atau ahli keluarga seperti yang disarankan oleh beliau:
  1. Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  2. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit. Bernafas melalui mulut.
  3. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah di bahagian tersebut.
  4. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  5. Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit.
Dalam pada itu, juga penting untuk anda mengetahui apakah teknik yang salah ketika menangani kes hidung berdarah ini.
Berikut dikongsikan langkah-langkah atau tindakan yang dianggap salah:
Dr Samhan, bagaimanapun, menasihatkan agar mereka yang mengalaminya agar segera berjumpa doktor jika pendarahan berterusan.
#Dr Samhan Awang #epistaksis #hidung berdarah #HKL #Hospital #Kanak-kanak #Kementerian Kesihatan #pendarahan hidung #perubatan #tindakan kecemasan
;