Tan Sri Tony tanggal baju demi...

Astro Awani
April 24, 2019 23:21 MYT
Kali ini usahawan terkenal itu bergambar tanpa memakai berbaju dan mempamerkan tubuhnya bak seorang ahli bina badan lalu memuat naik foto berikut di laman Instagram buat tatapan semua pengikutnya. Foto Instagram @tonyfernandes
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes sekali lagi bikin kecoh di ruangan Instagram.
Kali ini usahawan terkenal itu bergambar tanpa memakai berbaju dan mempamerkan tubuhnya bak seorang ahli bina badan lalu memuat naik foto berikut di laman Instagram buat tatapan semua pengikutnya.
Dalam ruangan caption, Tony menyatakan dia bakal mempunyai tubuh badan yang berotot seperti jurulatih kecergasan elit, walaupun ia bukan tugas yang mudah.
Sementara itu, ramai pengikutnya memuji kecekalan Tony untuk menguruskan berat badan dan mendapatkan bentuk badan idaman.
#AirAsia #bogel #dada #Instagram #Tony Fernandes
;