'Tak perlu sampai disinfeksi makanan' - Ini syor pakar jika risau virus pada plastik pembungkus

Pa and Ma
Oktober 3, 2021 10:07 MYT
Menurut Dr Izzar Anwari, tidak perlulah makanan itu sendiri disinfeksi kerana virus tidak hidup di permukaan makanan. -Gambar hiasan
SETIAP kali menerima bungkusan makanan dari penghantar makanan yang kita pesan, kita mula bimbang takut terlekat virus COVID-19 di permukaan plastik pembungkus.
Begitu juga dengan parcel barang yang kita pesan.
Menurut Dr Izzar Anwari, tidak perlulah makanan itu sendiri disinfeksi kerana virus tidak hidup di permukaan makanan.
Ini yang dikongsikan oleh beliau:
"Boleh ke dapat COVID dari makanan atau bungkusan makanan?
"Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan tu, risau juga kot-kot ada virus COVID-19. Bahaya ke?
"Tiada sebarang bukti mengatakan kita boleh dapat COVID-19 melalui makanan atau bungkusan makanan.
"COVID-19 merebak melalui respiratory/pernafasan dari titisan air/aerosol orang dijangkiti yang batuk atau bersin.
"COVID--19 tak hidup atas permukaan makanan seperti buah, sayur, makanan beku sebab COVID-19 memerlukan host /perumah yang hidup (manusia) untuk terus hidup.
"Apa yang disarankan WHO ialah:
✅ Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
✅ Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan
"Samalah macam kalau dapat parcel. Saya buka siap-siap di luar rumah tu, ambil isi parcel dan bawa masuk rumah. Lepas tu cucilah tangan betul-betul.
"Pergi pasar/mall pun semua kena patuh SOP kan? Nak masuk pun kena lengkap vaksinasi. Tangan pun perlu kerap dicuci.
"Kalau semua ni dijaga, insya-Allah okey. Ingat ye 3 cara utama virus COVID-19 merebak."
*Artikel asal di Pa&Ma

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#COVID-19 #disinfeksi makanan #penghantaran makanan #Izzar Anwari
;