'Tak mungkin DNA manusia dan haiwan bergabung melalui pemakanan'

Madiha Abdullah
Ogos 9, 2015 10:29 MYT
Susu lembu membekalkan khasiat dan bukannya menyalurkan DNA.
APABILA seorang ustazah membuat kenyataan bahawa bayi yang minum susu lembu akan membesar dengan DNA lembu di dalam badannya, ia menjadi viral dan bahan jenaka warga media sosial.
Kenyataan tersebut juga memberitahu seorang bayi yang membesar dengan DNA lembu akan mewarisi sifat-sifat seekor lembu, antaranya pemarah.
Sebahagian netizen menganggap kenyataan tersebut berbaur gurauan, namun majoriti menganggap kenyataan sebegitu tidak seharusnya dikeluarkan.

I get it she wants to say that susu ibu is the best milk. But the DNA lembu part really makes no sense /p>— Anis Shahar (@AimanAwanis) August 8, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The dna lembu and susu lembu thing is a good example why we shouldn't talk about things that are not our expertise.

— hidayah tarmizi (@theycallmedayah) August 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DNA lembu masuk DNA bayi ? So bayi tu kacuk ngan lembu ek cm tu hahahahahaha duh

— Faqrul Zie (@Farqul) August 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang meminta agar kenyataan tersebut disokong dengan fakta dan kajian saintifik yang sahih.

Fakta yer. Tak semua ibu, susu badannya keluar. Bukannya dosa pun baby minum susu formula.

— Wawa (@najwa_onn) August 8, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

omg where did she get that susu lembu DNA theory hahahah

— morgenstern (@FadhlinFadzli) August 8, 2015

Antara pendapat yang menarik perhatian adalah dari pengguna Facebook, Khairul Hafidz Alkhair.
Penjelasan Dr Khairul Hafidz di Facebook.
Dia yang juga seorang doktor memberitahu, susu lembu yang diberikan kepada bayi adalah dalam bentuk nutrien dan bukannya DNA. Dengan itu, bayi akan menerima khasiat yang terdapat dalam susu lembu dan bukannya DNA lembu.
Dr Khairul turut menjelaskan adalah tidak mungkin untuk DNA haiwan dan manusia bergabung hanya melalui pemakanan.
DNA, atau deoxyribonucleic acid, terdiri daripada 4 nitrogenous base iaitu adenine (A), thymine (T), cytosine (C) dan guanine (G).
Kenyataan ustazah berkenaan disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Jumaat.
#bayi #biologi #DNA #Kanak-kanak #kesihatan #Sains #wanita
;