Tahun Baharu Cina: Iklan, filem pendek dengan unsur kekeluargaan terus jadi pilihan
Astro Awani
Januari 21, 2023 21:09 MYT
Januari 21, 2023 21:09 MYT
SEPERTI perayaan lain di Malaysia, Tahun Baharu Cina juga meriah dengan pelbagai iklan dan filem pendek menarik, lucu, dan menyentuh perasaan.
Kebanyakannya akan menyentuh unsur sentimental seperti persahabatan dan kekeluargaan.
Berikut adalah antara iklan Tahun Baharu Cina terbitan tahun ini yang mendapat perhatian.
Khazanah Nasional - A Leap of Fortune
Setiap tahun baharu membawa harapan dan peluang baharu. Adakah rakan kita Ah Kit akan bernasib baik tahun ini dan berjaya dalam misinya?
Perjalanan hidup kita pasti akan mengharungi cabaran yang tidak dijangka, tetapi jika kebaikan, rasa hormat, dan saling menyokong antara satu sama lain, akan sentiasa ada hasil yang baik walau seteruk mana pun permulaannya.
Hong Leong Bank - A Life of Kaya #itsaboutyou
Sebuah kisah inspirasi Kayapo yang bermula dari gerai kaya kecil di Petaling Street yang berkembang menjadi legasi tiga generasi.
Mr DIY - The Rude Girl
Kisah jiran baharu yang membuatkan ramai naik darah dengan sikap 'biadabnya'. Tetapi kadang kala, bukan semua first impression itu betul.
Standard Chartered - The Curious Case Of Uncle Lone-Lee
Kisah Uncle Lee, seorang lelaki tua yang pendiam dan pemarah, yang seolah-olah tidak mahu bergaul mesra dengan orang lain.
Affin Bank - Qiao Hao's Fa Gao
Kasih sayang dan ketabahan Qiao Hao, seorang ibu tunggalnya yang tidak mudah mengalah dalam usaha untuk berjaya.
Nestle - Have A Lively New Year
Kekal fokus, bertenang dan sabar sepanjang sambutan tahun baharu dengan pelbagai pilihan produk Nestle.
Perodua - What Truly Counts
Ikatan kekeluargaan yang erat akan mewujudkan asas yang kukuh dan akan membantu kita melalui dugaan dalam hidup. Apabila kita memiliki kasih sayang keluarga, kita mempunyai segala-galanya.
Etiqa - Pretty Little Things
Di tengah-tengah perayaan Tahun Baharu Cina yang meriah, kadangkala ada perkara kecil berlaku dan menjadi luar biasa, hanya jika kita meluangkan masa untuk menghargainya.
F&N - CAN lah it's CNY mah!
Tiba masanya untuk bersantai, menikmati masa bersama keluarga anda, dan menjamu selera dengan makanan lazat.
RHB - A Clean Start
Kadang-kadang, kebaikan yang kecil memberi makna yang besar bagi mereka yang masih mencari hala tuju dalam kehidupan, memberi keyakinan dan peluang kedua yang diperlukan untuk permulaan yang baharu.
McDonald's - Grandpa's Biggest CNY Wish
Bak kata pepatah, keluarga harmoni membentuk kehidupan sejahtera. Namun untuk belajar memahami satu sama lain bukanlah perkara mudah.