Tabiat memakan ikan panjangkan hayat: Kajian

AFP
April 2, 2013 10:38 MYT
Golongan yang berumur 65 tahun ke atas dan gemar memakan ikan dapat memanjangkan jangka hayat kira-kira dua tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak Omega-3 yang biasanya terdapat dalam makanan laut menurut sebuah kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS) semalam.
Mereka yang mempunyai kadar asid lemak Omega-3 yang lebih tinggi turut mampu menurunkan risiko kematian 27 peratus dan 35 peratus kematian disebabkan penyakit jantung berbanding mereka yang mempunyai tekanan darah rendah menurut kajian itu.
Kajian tersebut dijalankan oleh saintis di Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard dan diterbitkan dalam laporan perubatan dalaman universiti itu.
Terdapat kajian lain yang mengaitkan asid lemak Omega-3 dan risiko berkurangnya penyakit jantung, kajian ini memeriksa rekod warga emas bagi mengenalpasti kaitan memakan ikan dengan risiko kematian.
Pengkaji mendapatkan data untuk jangka masa 16 tahun bagi 2,700 warga AS yang berusia 65 tahun ke atas. Mereka yang terlibat dalam kajian itu tidak mengambil makanan berasaskan minyak ikan bagi mengelakkan ralat berhubung pengambilan pemakanan tambahan dalam rutin pemakanan.
Kajian mendapati golongan yang mempunyai tahap darah tertinggi asid lemak Omega-3 memakan ikan salmon, tuna, sardin dan belut serta memanjangkan jangka hayat 2.2 tahun berbanding mereka yang rendah.
Pengkaji mengenalpasti asid lemak DHA sebagai bahan terkuat yang dapat mengurangkan penyakit jantung yang boleh membawa kepada kematian.
Asid EPA juga dikaitkan dapat mengurangkan serangan jantung dan asid DPA dikenalpasti dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan angin ahmar.
“Hasil kajian mengenalpasti kepentingan tahap Omega-3 yang memadai untuk kesihatan jantung dan kemudiannya dapat memanjangkan jangka hayat seseorang,” menurut penulis Dariush Mozaffarian Professor Madya di Jabatan Epidemiologi di Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.
“Cabaran terbesar bagi anda adalah melakukan perubahan daripada tidak ke pengambilan sederhana atau mengambil dua hidangan lemak ikan seminggu,” menurut Mozaffarian.
#65 tahun ke atas #asid lemak #kematian #Makan ikan #Omega-3 #panjangkan hayat
;