Systema lancar 'Be #GumProud', kempen kesedaran kepentingan kesihatan gusi
Israr Khalid
Mei 16, 2023 16:27 MYT
Mei 16, 2023 16:27 MYT
KUALA LUMPUR: Umumnya ramai beranggapan bahawa gigi yang sihat adalah gigi yang putih, bersih dan nafas yang segar, namun sebenarnya kesihatan gigi bermula daripada gusi yang sihat.
Tidak ramai yang tahu tentang ini dan mengambil berat tentang kesihatan gusi. Maka tidak hairanlah statistik berkaitan penyakit periodontal, iaitu berkaitan gusi dan tisu yang menyokong gigi, agak membimbangkan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 9 peratus manusia berusia 15 tahun dan ke atas menderita penyakit gusi yang teruk, sementara dapatan Survei Kesihatan Oral Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah (NOHSS) mendedahkan bahawa 99.6 peratus kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami pendarahan gusi, iaitu petanda awal penyakit gusi.
Lion Corporation Japan turut menjalankan kajian mereka, yang mendapati 80 peratus responden mereka dari kalangan dewasa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu simptom penyakit gusi yang dapat dilihat, namun hanya 1 peratus sahaja yang sedar mereka menghidapinya.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya kesihatan gusi, Systema, salah satu peneraju jenama penjagaan oral di Jepun, melancarkan kempen “Be #GumProud” sempena Hari Kesihatan Gusi yang disambut pada 12 Mei setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan kerjasama Persatuan Periodontology Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini tidak hanya bermatlamat untuk membangkitkan kesedaran, tetapi juga kefahaman seterusnya pengetahuan tentang menjaga kesihatan gusi dengan betul.
“Dengan pengalaman dan kepakaran lebih 130 tahun dalam penjagaan gigi dan gusi, Systema ingin menggalakkan rakyat Malaysia mengambil berat tentang kesihatan gusi, kerana kehidupan lebih sihat dan berkualiti bermula daripada gusi yang sihat,” kata Pengarah Urusan Southern Lion, Kazuo Mabuchi.
Menerusi kempen “Be #GumProud” ini yang berlangsung hingga Jun 2023, orang ramai boleh membuat pemeriksaan dan penilaian kesihatan gusi dan mengetahui keadaan sebenar kesihatan gusi masing-masing secara atas talian.
Systema turut membuat beberapa jerayawara atau roadshow untuk mendekati masyarakat dan mendidik mereka tentang kepentingan amalan kebersihan oral yang baik serta peranan yang dimainkan oleh gusi yang sihat terhadap kesihatan tubuh secara keseluruhannya.
Di samping itu, turut ditekankan tentang penggunaan produk penjagaan yang betul untuk menambah baik kesihatan gusi, dan Systema sejak sekian lama menggalas komitmen untuk menawarkan pengguna produk berus gigi dan ubat gigi terbaik yang dibangunkan dengan kajian terperinci, direka khas untuk melindungi dan membanteras masalah gusi sambil mengekalkan kesihatan gigi.
Ubat Gigi Systema Advance diformulasikan dengan Teknologi Advance Plaque Buster dengan menggabungkan tiga bahan proprietari yang memecahkan biofilem plak dan membunuh bakteria tersembunyi di celah-celah gusi yang menjadi punca masalah, terbukti secara klinikal empat kali lebih berkesan daripada produk lain.
Manakala rangkaian berus giginya yang sehalus 0.02 milimeter mampu membersihkan celahan yang sukar dicapai oleh berus gigi biasa, sekali gus dapat memberikan pembersihan 40 peratus lebih baik antara gigi dengan gusi serta tiga kali lebih lembut terhadap gusi.
Sementara itu menurut Timbalan Presiden MSP Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat, gusi kita melindungi gigi dan tanpa penjagaan gusi yang betul dan tidak ditangani awal, ia boleh mendatangkan keradangan, jangkitan dan seterusnya kerosakan yang akhirnya terlambat untuk dibaiki semula.
“Malah, penyakit gusi berupaya meningkatkan risiko menghidap osteoporosis, penyakit jantung, angin ahmar dan kencing manis.”
Tambahnya lagi, pemakanan yang betul dan diet yang sihat juga amat penting supaya gusi dan gigi mendapat nutrien yang diperlukan secukupnya untuk kekal sihat dan kuat.
Mulakan perjalanan #GumProud anda hari ini dengan membuat pemeriksaan secara dalam talian di https://gumhealthcheck.com dan dapatkan kit pemula yang mengandungi ubat gigi dan berus gigi Systema secara percuma.