Syawal 2021: Gaya minimalis menjadi pilihan

Khairunnisa Kasnoon
Mei 3, 2021 09:05 MYT
Penatarias Profesional, Tym Fatimah menjangkakan, gaya minimalis akan menjadi pilihan pada Hari Raya 2021. - Foto Instagram/tymfatimah
GAYA minimalis dijangka menjadi pilihan pada Raya 2021.
Penatarias Profesional, Tym Fatimah melihat, gaya itu menjadi pilihan kerana ia bukan sahaja boleh dipakai semasa raya malah boleh digayakan selepas Aidilfitri juga.
Fashion raya, untuk tahun ini ramai yang gemarkan minimalist look.
"Ramai yang gemarkan baju yang boleh disuaipadankan selepas Hari Raya. Lebih menjimatkan,” ujarnya.
Selain itu, dia juga memaklumkan, gaya klasik akan menjadi pilihan ramai.
Ini kerana katanya, gaya klasik dapat memberikan keselesaan kepada si pemakai terutamanya pada pagi Hari Raya.
“Juga classic look is back. Keselesaan adalah utama di pagi Hari Raya. Jadi klasik adalah pilihan tepat,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, dia juga melihat warna putih dan warna bumi diramal akan melopori warna Hari Raya tahun ini.
Tym turut berkongsi gaya pemilihan baju untuk dipakai semasa Hari Raya nanti.
Ujarnya, fesyen polos atau gaya moden, perlu diambil kira - di mana persekitaran beraya dan apa tugasan yang perlu dibuat.
“Contohnya untuk baju polos, sangat sesuai digayakan untuk mereka yang beraya di kampung halaman, yang selalunya sibuk melayan tetamu dan kerja dapur.
"Lebih mudah untuk bergerak.
"Manakala baju moden sesuai untukk mereka yang beraya di bandar atau mereka yang kurang membuat kerja-kerja dapur kerana keterbatasan baju,” jelasnya.
Apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielak
#hari raya #pemilihan #fesyen #Raya #Aidilfitri #Raya2021 #Syawal2021
;