SUV Proton X70 buat netizen 'terliur'

Madiha Abdullah
September 8, 2018 19:00 MYT
Netizen teruja dengan reka bentuk X70 yang disifatkan sangat moden dan bercitarasa tinggi. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
BERMULA hari ini, model terbaharu Proton yang dinamakan Proton X70, sudah boleh mula ditempah dengan bayaran RM1,000.
Ia merupakan SUV pertama keluaran Proton dan pertama hasil kerjasama dengan Geely.
Di laman sosial, reaksi berbaur dapat diperhatikan terutama sekali kerana harga runcit untuk kereta berkenaan tidak didedahkan.
Namun begitu, di sisi positifnya, netizen dilihat teruja dengan reka bentuk X70 yang disifatkan sangat moden dan bercitarasa tinggi.
Malah, ulasan di beberapa laman web permotoran juga memuji kemasan material dan pemasangannya, yang dikatakan antara yang terbaik dari Proton.
BACA: Kerjasama Proton-Geely: Tun Mahathir yakin Proton bakal bertaraf dunia
BACA: Harga Proton dijangka meningkat selepas SST

Proton X70 warna luaran dan dalaman https://t.co/HkUwBm1WOC

— Paul Tan (@paultan) September 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cantik betul rekaan luaran Proton X70.

— (@WhatsSafff) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Proton suv x70

— PetSolo (@amzarsyamil) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Proton X70, very very looking forward to it

— Deeyeh (@deeyehpan_) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Smartnya Proton X70 ni. Body dah nice macam Evoque tapi depan dia same old Proton-ish.

— nabila (@nuhbeeluh) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Brapa ek harga Proton X70 ni... boek laaa

— Sharkeyrin (@sharkeyrin) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Proton X70 ni cantik pula. I is geram, lagi2 yang warna merah

— z e r i (@AzriFathurahman) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Merecik betul proton X70

— aiman (@_aimanxxx) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut status yang dimuat naik beberapa pihak, X70 dijangka bakal dijual pada harga sekitar RM90,000 sehingga RM127,000.
Tempahan untuk pembelian SUV itu kini boleh dibuat di cawangan terpilih di seluruh negara.
Semalam Proton berkata, syarikat itu menggunakan sistem nama yang terdiri daripada huruf dan angka untuk model akan datangnya bermula dengan X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata penggunaan sistem nama baharu itu akan membolehkan pelanggan lebih fokus kepada nama jenama berbanding nama model.
Pelbagai acara, di tujuh bandar utama, akan diadakan dari 19 September hingga 4 November, untuk mempromosikan kenderaan itu sebelum dilancarkan pada akhir tahun.
"Pelan kami untuk mencapai hampir 6,000 orang tetapi itu hanya sebahagian kecil daripada pembeli berpotensi yang kami sasarkan," kata Li.
#Geely #kereta #model #Proton #Proton X70 #reka bentuk #SUV
;