Surat cinta untuk calon SPM 2017
Khairunnisa Kasnoon
Mac 15, 2018 09:33 MYT
Mac 15, 2018 09:33 MYT
Jangan risau, jangan cemas, Insya- Allah diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk ambil keputusan, ujar Pencetus Ummah (PU) Azman kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.
Malah kata PU Azman, para calon boleh buat solat hajat dan tahajjud memohon kepada Yang Esa.
Menarik perhatian, PU Azman turut mendedangkan serangkap lagu buat mereka yang akan mengambil keputusan SPM itu nanti.
Bermula jam 10 pagi, 443,883 calon SPM 2017, boleh mula mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing.
Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan SPM 2017 menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM.
Perkhidmatan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 15 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 21 Mac 2018.
Antara lain, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan.
Pada 2017, sebanyak di 3,363 pusat peperiksaan digunakan di seluruh negara yang mana menempatkan 386,331 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Sementara 8,461 calon sekolah di bawah agensi kerajaan; 8,346 calon dari sekolah menengah agama negeri; 1,976 dari sekolah menengah agama rakyat; 14,883 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan 23,886 adalah calon persendirian.