Suami 'perdaya' isteri namakan anak Lanesra, versi terbalik Arsenal

Madiha Abdullah
Januari 7, 2016 09:06 MYT
Smith menyetujui cadangan suaminya kerana berpendapat nama Lanesra kedengaran eksotik.
SEORANG isteri mendedahkan dia 'tertipu' apabila nama anak perempuannya yang disangkakan direka oleh suaminya, sebenarnya adalah nama sebuah kelab bola sepak.
Nama anaknya, Lanesra, merupakan nama kelab bola sepak Arsenal yang diterbalikkan.
Clare Smith, dari New South Wales, Australia, memberitahu yang dia hanya diberitahu tentang perkara sebenar ketika anaknya itu berusia dua tahun.

Well played Sir. pic.twitter.com/3Fb0hgSVLe

— Coral (@Coral) January 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pendedahan dalam sebuah akhbar tempatan, Smith berkata dia bersetuju dengan nama tersebut kerana bunyinya kedengaran agak eksotik, malah nama itu sering dipuji sebagai nama yang cantik oleh keluarga dan rakan-rakan.
November lalu, pemenang pingat emas Olimpik, Mo Farah, 32, pernah membuka rahsia bagaimana dia hampir menamakan anak lelaki tunggalnya sebagai Arsenal, memandangkan dia sangat meminati kelab berkenaan.

Great photo of all the family!! Meet my son Hussein the main man of the house hanging with his mum & sisters!!!! pic.twitter.com/KAiHSqRRLj

— Mo Farah (@Mo_Farah) November 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Awalnya saya bercadang mahu meletakkan nama Arsenal sebagai nama kedua, tetapi isteri saya, Tania, tidak bersetuju," katanya yang kemudiannya memberikan nama Hussein kepada anak keempatnya itu.
#Arsenal #bola sepak #Mo Farah