Stres kerana WFH? Ini tip ringkas kurangkan tekanan
Hakim Rahman
Januari 23, 2021 09:16 MYT
Januari 23, 2021 09:16 MYT
KUALA LUMPUR: Sokongan isi rumah dalam melaksanakan norma baharu penting bagi membantu mengurangkan keresahan dan tekanan mereka yang bekerja dari rumah (BDR) dan pada masa sama, membantu anak-anak melaksanakan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, ahli keluarga perlu memahami bahawa mereka masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa walaupun berada di rumah.
Ini tips ringkas yang dikongsikan oleh Prof Dr Amer Siddiq untuk memastikan keharmonian isi rumah terjamin ketika masing-masing perlu berada di rumah.
1. Maklumkan waktu bekerja/belajar
- Berkomunikasi secara berkesan bersama ahli keluarga mengenai waktu bekerja atau PdPR agar tidak menganggu sekali gus dapat memberikan tumpuan penuh terhadap tugasan.
2. Lokasi khas BDR/PdPR
- Walaupun saiz isi rumah dan keluasan rumah berbeza bagi setiap keluarga namun mempunyai ruangan khas dapat membantu memberikan “mood” untuk bekerja atau belajar.
3. Patuhi waktu bekerja
- Walaupun bekerja atau belajar dari rumah ia tidak bererti boleh dilakukan sepanjang masa. Ikut waktu bekerja yang ditetapkan seperti ketika berada di pejabat atau sekolah.
Mengulas lanjut, Prof Dr Amer lagi majikan yang mengarahkan pekerja WFH juga perlu lebih sensitif dan mempunyai sifat empati dengan keadaan pekerja.
Katanya pekerja juga mempunyai tanggungjawab menguruskan kehidupan ketika bekerja dari rumah.
Tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa IPSOS mendapati tahap keresahan dan stres rakyat Malaysia ketika pandemik COVID-19 adalah paling tinggi dalam segala aspek berbanding 27 negara lain.
Keresahan tersebut tercetus berikutan perubahan rutin selain tekanan keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#COVID-19
#keluarga
#tekanan
#keresahan
#Tips
#kesihatan
#mental
#rakyat Malaysia
#shm
#weekender
#perubahan rutin
#menguruskan anak
#WFH
#BDR
#PdPR