Star Wars: The Force Awakens: Google mahu tahu anda di pihak mana?
Astro Awani
November 23, 2015 21:11 MYT
November 23, 2015 21:11 MYT
Sempena pelancaran filem Star Wars: The Force Awakens di panggung seluruh dunia pada 18 Disember ini, Google telah melancarkan laman sub-domain khas dengan pelbagai ciri istimewa.
Pengguna laman web Google perlu memilih sama ada mahu berpihak kepada 'the light side' atau 'the dark side' untuk mendapat keistimewaan yang berbeza pada pelayar mereka.
Malah semua aplikasi yang dibangunkan Google termasuk Gmail, YouTube dan Maps akan ditukarkan mengikut mod pilihan yang telah dibuat oleh pengguna.
'Wajah' domain khas Google.
Bagi mereka yang menggunakan aplikasi Waze, pengguna akan menerima bantuan pandu arah suara daripada C-3PO.
Turut mendapat sentuhan kreatif adalah pada aplikasi Google Translate dimana pengguna akan merasai pengalaman memiliki droid yang fasih pelbagai bahasa.
Untuk merasai pengalaman Star Wars ini di carian Google, pengguna bolehlah melayari www.google.com/starwars.