Spotify dijangka perkenal pelan lebih mahal dengan akses audio HiFi

Amanz
Jun 12, 2024 09:54 MYT
sacaca
SPOTIFY dilapor bakal memperkenalkan pelan baharu yang lebih mahal tahun ini.
Pelan baharu ini dijangka menyasarkan para peminat muzik dan audio, dan akan menawarkan sokongan audio berkualiti tinggi, selain kemudahan untuk menghasilkan senarai main dan sebagainya.
Mengikut laporan Bloomberg, pengguna dikatakan akan dikenakan caj tambahan mencapai AS$5 sebulan untuk pelan baharu ini.
Pelan baharu ini akan ditawarkan kepada pelanggan sedia ada, sekali gus membolehkan Spotify menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Sebelum ini, pihak Spotify sedia mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan ciri audio HiFi pada tahun 2021, namun ia masih belum diperkenalkan sehingga kini.
Pesaing penstriman muzik lain seperti Apple Music dan Amazon Music sedia menawarkan muzik berkualiti tinggi ini sebagai sebahagian penawaran mereka.
Tidak diketahui sama ada ramai akan melanggan Spotify HiFi atau sebaliknya.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Spotify untuk penawaran ini tidak lama lagi. -Amanz
#Spotify #HiFi #pelan baharu #audio berkualiti tinggi