SPM 2015: Soalan 'hubung kait' subjek Sejarah buat pelajar garu kepala
Madiha Abdullah
November 5, 2015 12:49 MYT
November 5, 2015 12:49 MYT
Rasanya semua orang akan mengakui hakikat bahawa antara kertas peperiksaan paling mencabar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kertas subjek Sejarah.
Bukan sahaja menuntut pemahaman soalan yang pantas, malah penting juga untuk para pelajar menjawab dengan bijak.
Kertas Sejarah juga disifatkan mencabar kerana skema jawapan dan pemarkahan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang komprehensif.
Semalam dan hari ini, semua pelajar tingkatan lima di seluruh negara berhadapan dengan cabaran itu.
Agak menggelikan hati apabila timeline khususnya di Twitter, dipenuhi dengan status pelajar yang 'penat' menjawab soalan kertas Sejarah, khususnya kertas 3.
Ramai yang mengadu 'lenguh tangan' memandangkan jawapan yang ditulis berkajang-kajang panjangnya.
Paling mencuit hati apabila ramai pelajar dilihat mempersoalkan rasional salah satu soalan yang dikemukakan.
Entah di mana silapnya, sebilangan pelajar tidak dapat memahami apa sebenarnya yang diingini soalan tersebut.
Gara-gara soalan itu, hashtag #spm2015 kembali trending di laman sosial.
SPM 2015 bermula 2 November lalu dan akan berakhir 8 Disember depan.